SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 2,
USJ 2/3, 47600,
SUBANG JAYA, SELANGOR.
KERTAS
KERJA
PROGRAM TERAPI MUZIK BAGI
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN
KHAS 5 MELUR
ANJURAN
UNIT PROGRAM PENDIDIKAN
KHAS INTERGRASI
SK USJ 2, SUBANG JAYA,
SELANGOR.
TARIKH
:
9 SEPTEMBER 2014
TEMPAT
:
STUDIO MUZIK CSI
A7, JLN SS15/8A, 47500
SUBANG JAYA, SELANGOR.
1.0 PENGENALAN
Kanak-kanak
ialah aset negara yang amat penting yang menentukan masa depan negara tercinta
kita. Kanak-kanak berkeperluan khas juga berhak mendapatkan pendidikan untuk membantu
dalam proses pembangunan negara. Oleh itu, setiap orang kanak-kanak harus
dididik supaya menjadi modal insan yang berkualiti tinggi dengan menjadi rakyat
yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang
unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat ini, kanak-kanak Malaysia perlu
memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan
kemahiran professional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan
kemahiran dan teknologi baharu, penghayatan nilai-nilai murni serta kekuatan
peribadi dan sahsiah yang terpuji melalui pendidikan.
Perlaksanaan
program Pendidikan Khas penting bagi mendidik dan membimbing kanak-kanak
berkeperluan khas agar mereka tidak terbiar dan tercicir. Oleh hal yang
demikian, usaha membantu dan memulihkan kanak-kanak berkeperluan khas agar
mereka didedahkan kepada ilmu pengetahuan, pelbagai kemahiran dan menjalankan
kehidupan yang lebih berkualiti. Di samping itu juga, program ini bertujuan
untuk mendedahkan pengalaman sebenar kepada murid-murid berkeperluan khas agar
dapat dimanfaatkan dengan faedah yang dibawa oleh terapi muzik.
2.0 TAJUK
Program Terapi Muzik
3.0 DIKELOLAKAN
OLEH
Unit Program Pendidikan
Khas Intergrasi,
SK USJ 2, USJ2/3, 47600
Subang Jaya ,Selangor Darul Ehsan.
4.0 ASAS
PERTIMBANGAN
Program ini bertujuan
untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas 5 Melur yang menghadapi
masalah bahasa, pertuturan, komunikasi dan masalah emosi.
5.0 RASIONAL
Terapi muzik ini
bertujuan untuk mendedahkan murid-murid 5 Melur mengenai cara pengurusan
masalah emosi, bahasa, komunikasi dan pertuturan dengan betul. Terapi muzik
adalah satu latihan rawatan yang digunakan bagi menyembuhkan masalah tekanan
mental dan masalah emosi tertentu iaitu melalui bermain alat muzik dan aktiviti
nyanian. Malah, terapi muzik juga dapat mencegah risiko sesuatu keadaan
kanak-kanak berkeperluan khas bertambah teruk. Terapi muzik adalah satu
aktiviti latihan yang penting kepada murid berkeperluan khas bagi membolehkan
mereka menguasai kemahiran motor halus dan motor kasar dengan bermain alat-alat
muzik. Selain itu, terapi muzik membantu murid berkeperluan khas melatih daya
kreativiti kanak-kanak, menghilangkan rasa marah dan rendah diri, yakin dengan
diri sendiri untuk mencipta sesuatu ,mencungkil kebolehan dan bakat diri dan
mengembangkan imaginasi dan penggunaan bahasa serta alat artikulasi
kanak-kanak.
Dari sudut pandangan
yang lain, terapi muzik merupakan satu bentuk bengkel yang memberi peluang
kepada individu untuk meneroka hal-hal berkaitan dengan perasaan atau emosi
secara mendalam. Terapi ini secara tidak langsung memberi peluang kepada
individu untuk memberi ruang untuk perkembangan bahasa, pertuturan dan
komunikasi. Penggunaan terapi muzik ini mampu membuatkan kanak-kanak lebih
rileks. Pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan
permainan alat muzik menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya punca
sebenar kemarahan atau ketengan dapat dikeluarkan. Pemilihan alat muzik atau
lagu untuk dimainkan atau dinyanyikan boleh dijadikan panduan perasaan
kanak-kanak berkeperluan khas, sama ada marah, sedih, gembira, benci, kecewa,
sayang dan sebagainya.
6.0
MATLAMAT
6.1) Mewujudkan
hubungan harmonis yang dapat menggalakkan komunikasi dalam kalangan murid-murid
5 Melur dan di antara murid dengan guru pengiring.
6.2) Memberi
pendedahan pengalaman bermain alat muzik dan nyanyian kepada murid-murid 5
Melur
6.3) Memberi
peluang murid-murid untuk bergaul sesama diri dan meluaskan pengetahuan
6.4) Memberi
peluang murid-murid mencungkil bakat dan memupuk nila-nilai estetika dan
nilai-nilai moral.
7.0 OBJEKTIF
7.1) Memberi
pendedahan kepada murid-murid berkeperluan khas masalah pembelajaran mengenai manfaat
dan faedah terapi muzik
7.2) Membentuk nilai-nilai murni dalam kalangan
murid-murid 5 Melur.
7.3) Melahirkan
murid-murid berkeperluan khas yang boleh menguasai kemahiran bahasa dan
komunikasi.
8.0 KUMPULAN
SASARAN
Bil
|
Perkara
|
Jumlah
|
1.
|
Murid-murid
5 Melur (rujuk lampiran 1)
|
10
orang
|
2.
|
Guru
Pengiring
|
2 orang
|
Jumlah
|
12 orang
|
9.0 TARIKH
Rabu,
10 September 2014
10.0 TEMPAT
STUDIO MUZIK CSI,
No. A7, JLN
SS15/8A,
47500 Subang Jaya,
Selangor.
11.0 PENGANGKUTAN
Semua
murid akan menaiki van sekolah.
12.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Penaung : Encik
Mohamad bin Haji Napis
Guru Pengiring : Cik Amarjit Kaur a/p Chanan Singh
Cik Lee Jun Yi
Pengerusi : En.
Lee Jun Leong
Setiausaha : Cik
Lee Jun Yi
Bendahari : Cik
Sharon Ng Jing Min
AJK Pengangkutan : Cik
Amarjit Kaur a/p Chanan Singh
AJK Cenderahati : En.
Lee Jun Leong
AJK Makanan : Pn. Seak
Yi Chek
AJK Dokumentasi : Pn. Siti Aishah bt Esmon
AJK Aktiviti : Cik
Sharon Ng Jing Min
AJK Keselamatan :
En. Yii Ann Hui
13.0 TENTATIF PROGRAM
Masa
|
Aktiviti
|
08.00 AM
|
Berkumpul di depan Dewan Sri Melur,
SK USJ 2.
|
08.10 AM
|
Taklimat kepada murid dan
pembahagian kumpulan.
|
08.30 AM
|
Bertolak ke Studio muzik CSI
|
09.00 AM
|
Aktiviti nyayian dan
tarian
|
10.15 AM
|
Rehat
|
10.30 AM
|
Bernyanyi sambil bermain alat muzik
|
12.00 PM
|
Murid berkumpul dan membuat refleksi
|
12.15 PM
|
Majlis penutup dan penyampaian
hadiah
|
12.30 PM
|
Bertolak balik ke SK USJ 2
|
14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil
|
Perkara
|
Kuantiti
|
Jumlah
|
1.
|
Cenderahati
|
2
unit
*Diambil
dari stor
|
RM
100.00
|
JUMLAH
|
RM
100.00
|
15.0 PENUTUP
Adalah
diharapkan program ini dapat memberikan manfaat kepada murid-murid dengan
memperkembangkan kemahiran bahasa dan komunikasi . Selain itu, diharapkan
murid-murid dapat membina pemikiran yang positif dan motivasi kendiri terhadap
kehidupan. Semoga segala aktiviti yang telah dirancang dapat dijayakan dengan
sokongan dan kerjasama daripada semua pihak. Semoga program ini juga dapat
memberi manfaat dan pengalaman kepada guru-guru tentang peranan dan
tanggungjawab mereka.
Disediakan oleh:
…………………………………………
(LEE JUN YI)
Setiausaha,
Program Terapi Muzik di Studio Muzik
CSI
Guru Pendidikan Khas
Sekolah Kebangsaan USJ2,
USJ 2/3,
47600, Subang Jaya,
Selangor.
Disemak oleh :
…………………………………………
(PN. ROZIMAH BT ROSLI)
Ketua
Unit Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan USJ2,
USJ2/3,
47600, Subang Jaya,
Selangor.
Disokong oleh
:
………………………………………...
(CIK AMARJIT KAUR A/P CHANAN SINGH)
Guru Penolong Kanan Program Pendidikan
Khas Intergrasi,
Sekolah Kebangsaan USJ2,
USJ2/3,
47600, Subang Jaya,
Selangor.
Disahkan Oleh
:
…………………………………………
(EN. MOHAMAD BIN HAJI NAPIS)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan USJ2,
USJ 2/3,
47600, Subang Jaya,
Selangor.
No comments:
Post a Comment