Kebaikan Terapi Muzik vs Kelemahan Terapi Muzik

KELEBIHAN TERAPI MUZIK

Terapi muzik adalah berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan suasana yang lebih tenang.Selain itu, terapi muzik juga melegakan keresahan, kemurungan dan meringankan stress. Terapi muzik membantu klien (pesakit ) yang mempunyai masalah berkaitan emosi  untuk meneroka serta menyelami perasaan mereka sendiri.Melalui cara ini mereka dapat  melakukan perubahan yang positif  terhadap tingkah laku.Selain itu, klien juga dapat mempraktikkan penyelesaian masalah yang secara tidak langsung merungkaikan dan menyelesaikan konflik mereka.
Rawatan terapi muzik dapat memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi dan juga kemahiran koordinasi fizikal.Fungsi mental dan fizikal juga dapat dipertingkatkan dan diperbaiki apabila kaedah rawatan ini digunakan kepada mereka yang mempunyai masalah berkaitan saraf dan masalah pertumbuhan.
Muzik dapat mengalihkan kesakitan pesakit, menyedari hal itu pengunaan terapi muzik digunakan secara lebih meluas di hospital-hospital  dan klinik bersalin untuk mengurangkan tekanan dan kesakitan ketika ibu ingin melahirkan bayi.Selain itu, terapi muzik juga berkesan untuk mereka yang menderita sakit kepala atau migrain.
Terapi muzik dapat meningkatkan kualiti hidup kepada pesakit-pesakit yang Alzheimer dan penyakit yang hamper serupa.Cara ini sangat berguna kepada mereka yang mempunyai masalah pembelajaran , masalah pertuturan dan komunikasi  dimana terapi muzik amat membantu golongan yang kurang bernasib baik ini.
Beberapa bukti kajian menjukkan bahawa muzik dapat merendahkan tekanan darah dimana secara tidak langsungnya mengurangkan risiko angin ahmar (strok ), melegakan ketegangan otot dan meningkakan daya tahan badan.
 KELEMAHAN TERAPI MUZIK

Terapi muzik yang berkesan membolehkan seseorang yang mempunyai masalah atau tekanan berjaya keluar dari kongkongan yang datang dari dirinya sendiri, orang lain atau persekitaran. Terapi muzik yang digunakan dalam sesi kaunseling memainkan peranan yang penting dalam membantu seseorang klien meredakan keadaan yang mereka alami. Namun terapi muzik dalam sesi kaunseling juga mempunyai kekurangan dari pelbagai segi antaranya ialah terapi muzik memerlukan masa yang lama dalam proses rawatannya dimana proses terapi muzik memerlukan klien mendapat rawatan dalam masa yang telah ditetapkan oleh kaunselor.
Selain itu kekurangan  terapi muzik ialah kaedah dan langkah yang digunakan dalam sesi kaunseling berbeza dari seseorang ke seseorang dimana sesetengah klien memerlukan muzik yang berbeza contohnya ada muzik yang memerlukan irama dan melodi yang lembut dan ada yang lantang. Selain itu, ada juga klien memerlukan masa yang pendek dan panjang dalam melakukan proses terapi muzik. Hal ini bergantung kepada diri individu dan berapa besar masalah yang dihadapi oleh klien. Jadi, terapi ini terlalu sukar untuk diamalkan dimana kaunselor perlu menyelidk dan menkaji kesesuaian muzik yang akan di perdengarkan untuk klien.
Disamping itu juga, terapi muzik tidak dapat menolong klien dengan sepenuhnya menghilangkan tekanan yang mereka hadapi dimana terapi muzik ini hanya tertumpu dan berfokus kepada sesetengah tekanan. Walaupun terapi muzik lebih tertumpu kepada masalah yang ringan atau berat namun ia tidak memberi jaminan bahawa sesi terapi yang dijalankan akan menyelesaikan masalah dan tekanan yang dihadapi oleh klien.
Sebagai tambahan, kekurangan terapi muzik ialah ada sesetengah orang tidak boleh terima terapi  muzik sebagai medium untuk meredakan dan menghilangkan tekanan yang mereka hadapi contohnya mereka tidak berminat untuk mendengar muzik yang telah dipilih untuk mereka. Hal ini mungkin berpunca dari lagu yang tidak sesuai dan tidak dapat menenangkan jiwa mereka yang berada dalam kerisauan, dilema dan sebagainya. Muzik yang tidak sesuai tidak akan memberi apa-apa perubahan dalam diri klien jika sesi terapi dijalankan.
Tambahan lagi, kekurangan terapi muzik ialah terlalu bergantung kepada muzik setiap kali sesi kaunseling dijalankan. Penggunaan terapi muzik yang berterusan membuatkan klien akan terlalu bergantung kepada muzik jika mereka ingin meredakan dan menghilangkan segala tekanan yang mereka hadapi. Hal ini mungkin menyebabkan mereka akan lalai dalam melakukan tugas seharian jika terlalu bergantung kepada muzik dalam menghilangkan tekanan. Sebagai contoh, pekerja pejabat yang menpunyai tekanan kerja akan mendengar muzik sebagai terapi untuk menghilangkan tekanan mungkin akan lalai dengan tugasnya apabila terlalu bergantung kepada muzik.
dipetik daripada : http://www.kickstory.net/2011/09/kelebihan-dan-kekurangan-terapi-muzik.html

No comments:

Post a Comment