Definisi Terapi Dalam Pendidikan Khas

Terapi Dalam Pendidikan Khas

   Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka. Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya memikirkan bahawa mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan seterusnya kreatif dalam pengajaran bagi membantu kanak-kanak ini melalui pembelajaran mereka serta menjalani kehidupan secara optimum Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini perlu menggunakan kepelbagaian teknik yang bersesuaian berserta penggunaan sumber dengan mengambil kira kemahiran yang ada dan perlu mereka capai (Yasmin, 2000;Khatijah & Yasmin 2006). Ini bertujuan mendidik dan membantu kanak-kanak ini melalui perkembangan mental, kestabilan emosi, integrasi sosial dan kemahiran motor mereka.

 
   Kanak-kanak berkeperluan khas yang datang ke sekolah kadang-kadang mempunyai masalah tingkah laku, masalah pengamatan, masalah motor, sosialisasi dan masalah emosi. Bagi membantu kanak-kanak ini mencapai potensi yang maksimum sesuai dengan keupayaan mereka, antara yang boleh dijalankan oleh guru-guru ialah terapi.


Objektif Terapi

   Objektif terapi dalam pendidikan khas adalah supaya guru dapat mengenal pasti keperluan terapi untuk perkembangan diri murid yang bermasalah. Setiap pelajar haruslah diketahui permasalahan yang mereka hadapi agar terapi atau nama lain pemulihan ke atas diri mereka dapat dilakukan. Selain itu, objektif terapi ini juga turut menjadi satu penanda aras kepada guru agar penilaian dapat dibuat bagi aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan tahap murid.

Keperluan Terapi

   Seperti yang sedia maklum, setiap perkara yang dibuat haruslah mempunyai tujuan dan keperluannya tersendiri. Begitu juga dengan terapi dalam pendidikan khas, salah satu keperluan terapi ini adalah untuk melatih murid-murid  bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran-kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian. kedua pula, bagi mewujudkan suasana persekitaran yang menyeronokkan tidak kira di dalam kelas mahupun di luar kelas. Sesuatu pengajaran itu seharusnya memberikan kesan positif dalam diri murid pendidikan khas. Tidak dinafikan, keperluan terapi juga turut meransang murid untuk bergerak-balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran serta dapat meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor murid bermasalah pembelajaran.

Definisi Terapi

   Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan dengan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal. Definisi terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Konsep terapi dalam konteks pendidikan ialah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Dengan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah dan ketidakupayaan pembelajaran mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Oleh yang demikian, terapi dalam pendidikan khas adalah salah-satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi.

Jenis-Jenis Terapi

Antara jenis-jenis terapi yang boleh diaplikasikan dalam pendidikan khas yang bermasalah pembelajaran ialah:
1       1.    Terapi fisio dan terapi cara kerja.
2.    Terapi seni visual.
3.    Terapi berkuda.
4.    Terapi pasir.
5.    Terapi muzik dan nyayian.
6.    Pergerakan kreatif dan drama.
7.    Terapi Hidro (Air)
8.    Terapi alternatif
9.   Terapi pertuturan
ddipetik daripada : http://cekgukamarul.blogspot.com/2014/04/terapi-dalam-pendidikan-khas-kanak.html

No comments:

Post a Comment